Friday 2 November 2012

Mual dengan sikap pembangkang malaysia

1.   Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sehinggalah ke hari ini, budaya politik Malaysia telah berubah bentuknya, sejak dari tradisional lagi, maklumat utama dari rakyat tentang politik hanya kepada media massa dan ceramah sahaja.

2.   Kali ini politik tanah air berubah sumber  maklumat, dari surat kabar ke internet. wujudnya halaman2 sosial kononnya akan  merubah pemikiran rakyat terhadap sesuatu isu.

3.   Dalam bab ini pembangkang memang pakar, memanipulasikan sesuatu isu, sehingga kebenaran yang nyata tidak dipercayai, malah mencipta persepsi bahawa kerajaan yang memerintah kejam dan zalim terhadap rakyat.

4.   Cukup mual dengan gaya kotor pembangkang, dengan cara memfitnah, membina persepsi  supaya nampak pada mata rakyat, kerajaan yang ada sekrang ini harus diruntuhkan. Membina minda masyarakat supaya hanya mereka yang benar2 jujur dalam memerintah, cukup mual dengan permainan ini.

5.  Oleh itu, kita janganlah terpedaya.


Monday 17 September 2012

Rakyat Di perbodohkan Oleh Mereka.

1. Rakyat seperti aku, selalu sahaja dimomokan oleh berita-berita dari medan pertempuran politik, orang politik sering memperbodohkan rakyat supaya mempercayai mereka adalah golongan super hebat.

2. Parti politik sering sahaja mendakwa, merekalah dewa yang seharusnya wajib di sembah,  dewa-dewa ini yang bebas dosa dan kesilapan serta bertahap maksom, ikutlah kami, percayalah kami.

3. Ada orang agama dalam politik, ada pencacai dalam politik dan ada hamba dalam politik lalu mereka mendakwa mereka adalah di pihak yang benar, berkata benar dan tidak pernah melakukan dosa.

4. Ada yang kemaruk kuasa, sehingga apa sahaja yang baik dari pihak sana, diharamkan. supaya mereka tidak dianggap bodoh dari yang cerdik.

5. Mereka ini akan membunuh musuh mereka dengan senjata yang lebih tajam dari pedang, itulah mainan mereka, selagi fitnah tidak membunuh, mereka akan menggunakan senjata yang sama untuk kembali membunuh walaupun tidak mati, mereka akan terus berbunuhan, satu hari pasti akan terbunuh jua.

6. Maka ingatlah, kita adalah lebih baik dari mereka.kita cerdik, kita pandai.

7. Kita tidak mudah diperbodohkan mereka.

Saturday 21 January 2012